28 June 2013

Kereta Proton Sembilu (1994)

Pada Jun 1994, syarikat pengeluar kereta Malaysia, Edaran Otomobil Nasional (EON), telah memperkenalkan kereta Proton Sembilu. Ia bukanlah model terbaru kereta berjenama Proton, tetapi merupakan nama 'body kit' kepada model kereta Proton Wira yang diubahsuai bentuk serta prestasinya bagi menjadi 'sporty'.

Ketika kereta Proton Sembilu diperkenalkan kepada umum, ia sedang dalam peringkat fasa pertama pengubahsuaian yang cuma melibatkan bahagian badan luar dan dalam kereta. Antara bahagian kereta yang telah diubahsuai ketika itu ialah:
  • Penghadang hadapan - lubang angin pada sebelah kiri & kanan untuk menyejukkan brek & enjin, manakala bahagian 'bibir' untuk menahan udara dari terbias ke bahagian bawah.
  • Penghadang tepi - untuk menambahkan kelajuan kereta, ia diubahsuai bagi mengelakkan angin terbias ke bahagian tayar.
  • Penghadang belakang - bertindak menekan angin supaya menolak kereta ke hadapan.
  • Stering - berukuran kecil dengan pemegang yang besar dan mudah dikendalikan akan membolehkan pemanduan menjadi lebih mantap dan stabil.
  • Tempat duduk - bentuknya yang dapat mengampu badan akan membolehkan pemandu berada dalam keadaan stabil dalam semua keadaan.
  • Tayar - memperkenalkan rim berukuran 15 inci.


Pihak EON ketika itu memberitahu bahawa Proton Sembilu atau "bahagian-bahagian yang diubahsuai" akan dipasarkan kepada orang ramai apabila proses pengubahsuaian sepenuhnya selesai dalam tempoh "kira-kira setahun lagi". Antara pengubahsuaian yang dirancang untuk dilakukan dalam fasa seterusnya melibatkan "bahagian enjin, sistem gegantung dan gear untuk tujuan perlumbaan". Namun begitu, tidak pula diterangkan tentang pemilihan nama "Sembilu" itu. Tak mungkin nama itu berdasarkan tajuk filem popular Sembilu (hanya mula tayang Ogos 1994), tapi mungkinkah ia berdasarkan tajuk lagu popular Ella, Sembilu (keluaran 1992)?

Nama "Sembilu" (kurang jelas)

5 comments:

Sheila Shafeareen said...

Salam...Tq info...

khys said...

ok, sama2

khys said...

ok, sama2

Anonymous said...

kete ni enjin 2.0 turbo 4 wd...kira mcm evo la...tapi mendapat tentangan dri pihak jpj...jadi pert gunakan evo original yg ditampal logo proton utk kegunaan rally...wira 1.8 c99 limited dikeluarkan sebagai ganti model sembilu ni sebagai FIA homologated model

E8AA2Philip62D1C said...

81AAB
amiclear reviews

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...