17 May 2011

Adegan bogel dalam filem Debu-Debu Kasih (1995)

Filem Debu-Debu Kasih (1995) yang bertemakan drama romantik telah diterbitkan dan diarahkan oleh Pansha (Panchacharam), seorang penerbit filem tempatan yang terkenal sejak 1980-an dengan syarikat Panshah Film dan kemudiannya Berjaya Filem. Debu-Debu Kasih ialah filem kedua arahan Pansha, dan filem itu memperkenalkan Sham (Visa) dan Aida Aris sebagai pelakon utama.
Selepas mencetuskan kontroversi pada 1993 dengan filem terbitannya, Perempuan, Isteri & .....? (arahan U-Wei Saari), Pansha sekali lagi tampil dengan sebuah filem yang tidak kurang panasnya di mana rekaan poster filem Debu-Debu Kasih memperlihatkan Sham dan Aida sedang berpelukan. Poster tersebut yang diluluskan oleh Lembaga Penapisan Filem (LPF) telah mendapat kritikan kerana dianggap "mempunyai unsur-unsur yang mengghairahkan". Pihak kerajaan negeri Kelantan pula mengambil langkah yang lebih drastik apabila mengarahkan supaya sebahagian daripada poster itu yang memaparkan gambar Aida ditutup. Di sebalik kontroversi tersebut, filem Debu-Debu Kasih sebenarnya tidak begitu berjaya menarik perhatian para penonton apabila cuma membuat kutipan tiket lebih RM300,000 sahaja.

Jadi, apa yang lebih mencuri perhatian dalam filem Debu-Debu Kasih selain daripada adegan Syam menyelamatkan (ya lah tu) Aida daripada mati lemas?

Memang ada adegan ala seksi - berkemban kain batik oleh Aida dan Raja Azura, serta aksi mereka bermandi-manda di laut (tentunya dalam pakaian yang bersesuaian dengan lokasi) sebelum ditegur oleh orang alim yang selalu saja ada dalam filem-filem yang berlokasikan Terengganu. Itu semua normal. Cuma satu adegan yang agak mengganggu fikiran ialah apabila terdapatnya aksi bogel yang melibatkan seorang pelakon lelaki, berkemungkinan masih berstatus kanak-kanak! Jika kita melihat akhbar dan majalah termasuk yang terbaru, gambar bogel walaupun oleh kanak-kanak sememangnya wajib ditapis, di mana bahagian kemaluan mereka akan dikaburkan atau dipadam. Tetapi Pansha sebagai pengarah filem Debu-Debu Kasih tanpa teragak-agak telah merakamkan aksi bogel seperti di bawah yang telah diluluskan oleh LPF tanpa sebarang tapisan.
Pelakon di atas telah dikreditkan sebagai Adik Kamarul.
Wataknya dinamakan sebagai "Adik Mandi"

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...